Home Contact Sitemap

 

Pengenalan

Kami adalah perintis kepada penerbitan VCD Mempelajari Cara Membaiki Telefon Bimbit secara komersial di Malaysia dan telah mencapai jualan yang membanggakan melalui keluaran pertama kami pada Januari 2009, dan kini kami menerbitkan satu lagi VCD serupa tapi versi kali ini lebih lengkap senang difahami serta padat dengan info, sehinggakan anda tidak perlu lagi pergi menghadiri kursus-kursus membaiki telefon bimbit secara formal untuk mendapatkan pengetahuan ini. Dapatkan VCD ini sekarang untuk menjana pendapatan anda melalui pengetahuan ini. Kami juga menjual telefon bimbit dari China dengan harga yang amat menarik dan yang pasti semua produk kami tanpa caj penghantaran.

E COM DYNAMIC NETWORK- Phonesolution2u.com

Ecom Dynamic Network adalah sebuah syarikat yang diasaskan Che Mohd Raif ( Che Mark @ Bro. Phone )pada tahun 2004 dan adalah sebuah kedai menjual telefon bimbit dan kad tambah nilai sahaja di Kota Bharu, Kelantan dan setelah mengikuti kursus membaiki telefon bimbit, Ecom Dynamic Network kemudian telah memulakan langkah untuk meluaskan skop kepada membaik pulih telefon bimbit dan mendapati ia menjana keuntungan lebih dari apa yang diperolehi dari menjual Telefon bimbit atau kad tambah nilai. Setelah banyak yang telah dipelajari selama 6 tahun dalam bidang membaiki telefon bimbit. Ecom Dynamic Network merasakan ilmu membaiki telefon bimbit ini adalah suatu pengetahuan yang tidak ramai bumiputra yang tahu tapi ramai yang ingin mempelajarinya.

 

Dari Idea itulah maka telah terbit VCD Kaedah Asas Membaiki Telefon Bimbit ini dan telah berjaya dimanafaatkan oleh beribu-ribu orang yang telah memilikinya. Kami tidak akan berhenti disini sahaja kerana kami akan menerbitkan lagi siri-siri pengetahuan mengenai telefon bimbit ini dimasa akan datang secara berkala. Pengetahuan yang akan diajar nanti akan menjadikan anda pakar dalam membaiki telefon bimbit jika anda terus mengikuti perkembangan kami dan membeli VCD-VCD keluaran kami dari peringkat asas sehingga ke tahap yang pakar. Oleh itu adalah penting bagi anda memiliki VCD asas ini terlebih dahulu dan memahirkan diri anda denganya.

 

Kami juga akan mengeluarkan Toolkit Asas Membaiki Telefon Bimbit tidak lama lagi untuk anda dan kami akan menjual alat ganti telefon bimbit yang anda akan perolehi dengan mudah dan murah tanpa perlu anda menyimpan stok... Nantikan kemunculanya.

 

BELI VCD YANG ORIGINAL DARI KAMI KERANA KAMI AKAN MENYIMPAN MAKLUMAT ANDA UNTUK MEMBERITAHU PERKEMBANGAN KAMI DARI MASA KESEMASA DAN JUGA KHIDMAT SOKONGAN MENGENAI MASALAH MEMBAIKI TELEFON BIMBIT.

 

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi talian 014-5469069 / 014-5469068 atau email sebarang pertanyaan anda ke enquiry@phonesolution2u.com

juniper networks